Selasa, 21 Oktober 2014

LITAR ELEKTRIK - FORM 3





  Litar Elektrik Form 3 - pelajar smk seri gombak,selangor






     


      Maksud Litar Elektrik :- 

1)Ialah satu lintasan bagi arus elektrik mengalir
2)Litar elektrik terdiri daripada komponenkomponen  elektrik yang disambungkan oleh wayar konduktor yang mengalirkan arus elektrik
3)Litar lengkap atau litar tertutup ialah litar yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya
4)Litar tak lengkap atau litar terbuka mempunyai sambungan yang terputus dalam litar dan tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya
5)Rajah litar iala satu rajah ringkas yang mewakili litar elektrik.Rajah litar menunjukkan bagaimana komponenkomponen elektrik dalam satu litar elektrik disambungkan
6)Komponenkomponen dalam rajah diwakili oleh simbolsimbol yang telah ditetapkan
7)Terdapat dua jenis litar berdasarkan bagaimana komponenkomponen  elektrik disambungkan :
                  a) Litar bersiri
                  b) Litar selari
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Litar Bersiri 









1)Dalam litar bersiri, komponenkomponen elektrik disambungkan hujung ke hujung dalam satu baris.Arus          mengalir melalui komponenkomponen dalam satu lintasan.
2)Arus yang mengalir melalui setiap komponen dan sebarang titik dalam litar adalah sama.
3)Jumlah voltan yang merentangi setiap komponen adalah sama dengan jumlah yang dibekalkan.
4)Voltan bertambah jika lebih banyak sel kering disambungkan.Ini menyebabkan peningkatan arus yang mengalir dalam litar.

Kelebihan Dan Keburukan Litar Bersiri 


Kebaikkan : 

 •Semua komponen elektrik seperti kipas dan mentol dalam litar boleh dikawal dengan satu suis
 •Jika voltan yang dibekalkan atau bilagan sel kering dalam litar ditambah,arus yang mengalir dalam litar juga akan bertambah
 •Arus yang mengalir dalam semuabahagian litar adalah sama.Oleh itu, semua mentol  mempunyai kecerahan yang sama

Keburukkan ;
Jika satu mentol rosak atau terbakar,mentol yang lain tidak akan menyala
•Jika lebih banyak mentol disambungkan, rintangan dalam litar bertambah dan voltann merentangi mentol berkurangan.Ini menyebabkan mentol – mentol menjadi malap
• Setiap komponen elektrik  tidak boleh dimatikan secara berasingan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Litar Selari







-->Dalam litar selari, komponen – komponen disambung secara sebelah menyebelah dalam dua atau lebih lintasan terminal sumber elektrik
-->Arus mengalir melalui komponen – komponen dalam lebih daripada satu lintasan
-->Voltan yang merentangi setiap mentol adalah sama dengan voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik.Semua komponen litar mendapat voltan penuh



Kebaikkan Dan Keburukkan


 Kebaikkan : 

-> Setiap komponen elektrik dalam litar mempunyai suis sendiri
->Jika satu mentol rosak atau terbakar, mentol yang lain masih boleh menyala
->Voltan yang merentangi setiap lintasan adalah sama dengan voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik

Keburukkan :

•Litar selari tidak sesuai untuk bilik besar yang mempunyai banyak kipas dan lampu
•Beberapa sel kering daripada jenis yang disambungkan secara selari memberikan voltan yang sama seperti voltan dari satu sel kering
•Arus elektrik adalah sama walaupun banyak sel disambungkan secara selari
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbezaan Litar Bersiri Dan Litar Selari 



Perbezaan Litar Bersiri :-
Satu lintasan sahaja
Komponen - komponen disambungkan sederet dari hujung ke hujung yang satu lagi dalam litar
Setiap mentol menerima jumlah arus yang sama, I yang dibekalkan oleh sumber elektrik.
 Voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik dikingsikan oleh semua mentol
Rintangan berkesan bertambah apabila bilangan mentol bertambah


Perbezaan Litar Selari :-
Lebih daripada satu lintasan
Komponenkomponen disambungkan sebelah menyebelah dalam dua atau lebih lintasan ke keduadua hujung bateri
Arus daripada sumber elektrik dikongsikan oleh semua mentol
Setiap lintasan menerima jumlah voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik
Rintangan berkesan berkurangan apabila bilangan mentol bertambah

................................................................................................................................
#Jikalau ada kesalahan dan tidak faham,beritahu saya ... insha allah saya akan membantu"