Litar Elektrik Form 3 - pelajar smk seri gombak,selangor
Maksud Litar Elektrik :-
1)Ialah satu lintasan bagi arus elektrik mengalir
2)Litar elektrik terdiri daripada komponen – komponen elektrik yang
disambungkan oleh wayar konduktor yang
mengalirkan arus elektrik
3)Litar lengkap atau litar tertutup ialah litar yang
membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya
4)Litar tak lengkap atau litar terbuka mempunyai sambungan yang
terputus dalam litar dan tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya
5)Rajah
litar iala satu
rajah ringkas yang
mewakili litar elektrik.Rajah litar menunjukkan bagaimana komponen – komponen elektrik dalam satu litar elektrik disambungkan
6)Komponen – komponen dalam
rajah diwakili oleh simbol – simbol yang
telah ditetapkan
7)Terdapat dua jenis litar berdasarkan bagaimana komponen – komponen elektrik disambungkan :
a) Litar bersiri
b) Litar selari
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Litar Bersiri
2)Arus yang
mengalir melalui setiap komponen dan sebarang titik dalam litar adalah sama.
3)Jumlah voltan yang
merentangi setiap komponen adalah sama dengan jumlah yang
dibekalkan.
4)Voltan bertambah jika lebih banyak sel kering disambungkan.Ini menyebabkan peningkatan arus yang
mengalir dalam litar.
Kelebihan Dan Keburukan Litar Bersiri
Kebaikkan :
•Semua komponen elektrik seperti kipas dan mentol dalam litar boleh dikawal dengan satu suis
•Jika voltan yang dibekalkan atau bilagan sel kering dalam litar ditambah,arus yang mengalir dalam litar juga akan bertambah
•Arus yang mengalir dalam semuabahagian litar adalah sama.Oleh itu, semua mentol mempunyai kecerahan yang sama
Keburukkan ;
•Jika satu mentol rosak atau terbakar,mentol yang lain tidak akan menyala
•Jika lebih banyak mentol disambungkan, rintangan dalam litar bertambah dan voltann merentangi mentol berkurangan.Ini menyebabkan mentol – mentol menjadi malap
• Setiap komponen elektrik tidak boleh dimatikan secara berasingan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Litar Selari
-->Dalam
litar
selari,
komponen
– komponen
disambung
secara
sebelah
menyebelah
dalam
dua
atau
lebih
lintasan
terminal sumber elektrik
-->Arus
mengalir
melalui
komponen
– komponen
dalam
lebih
daripada
satu
lintasan
-->Voltan yang merentangi setiap
mentol
adalah
sama
dengan
voltan
yang dibekalkan oleh
sumber
elektrik.Semua
komponen
litar
mendapat
voltan
penuh
Kebaikkan Dan Keburukkan
Kebaikkan :
-> Setiap komponen elektrik dalam litar mempunyai suis sendiri
->Jika satu mentol rosak atau terbakar, mentol yang lain masih boleh menyala
->Voltan yang merentangi setiap lintasan adalah sama dengan voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik
Keburukkan :
•Litar selari tidak sesuai untuk bilik besar yang mempunyai banyak kipas dan lampu
•Beberapa sel kering daripada jenis yang disambungkan secara selari memberikan voltan yang sama seperti voltan dari satu sel kering
•Arus elektrik adalah sama walaupun banyak sel disambungkan secara selari
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan Litar Bersiri Dan Litar Selari
Perbezaan Litar Bersiri :-
•Satu lintasan sahaja
•Komponen - komponen disambungkan sederet dari hujung ke hujung yang satu lagi dalam litar
•Setiap mentol menerima jumlah arus yang sama, I yang dibekalkan oleh sumber elektrik.
•Voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik dikingsikan oleh semua mentol
•Rintangan berkesan bertambah apabila bilangan mentol bertambah
Perbezaan Litar Selari :-
•Lebih daripada satu lintasan
•Komponen – komponen disambungkan sebelah menyebelah dalam dua atau lebih lintasan ke kedua – dua hujung bateri
•Arus daripada sumber elektrik dikongsikan oleh semua mentol
•Setiap lintasan menerima jumlah voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik
•Rintangan berkesan berkurangan apabila bilangan mentol bertambah
................................................................................................................................
#Jikalau ada kesalahan dan tidak faham,beritahu saya ... insha allah saya akan membantu"
terima kasih untuk info di atas...blog ini banyak mengandungi info-info yang luas dan penting...:)
BalasPadamIt's really useful for me....thank you so much....☺☺😃
BalasPadam